Khamis, 2 Ogos 2012

Cinta Humaira I

            Sweet sangat rasanya melihat pasangan yang bahagia. Aku bahagia bersama dia. Aku tak mahu lagi ingat kisah lalu yang sangat menyakitkan bagiku. Dia yang menggoda hatiku, yang menarik jiwaku, dan dia juga yang aku cintai. Moga cinta ini berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Tak pernah pun aku menyangka dalam hidupku, aku akan mengenali dia. 
           
          Dia yang ku cintai kini, yang ku kasihi selamanya. Sabarnya dia saat menerima ujian, dan sayangnya dia kepadaku hinggakan dia mahu menikahi aku. Usia tak menjadi masalah bagi kami. Rasulullah menjadi suri tauladan kami. Aku mendapat gelaran ‘HUMAIRA’ yang bermaksud kemerah-merahan. Humaira ialah nama manja bagi isteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Aisyah. Wajahku apabila malu kelihatan kemerah-merahan. Hah, itulah sebabnya lagi manja gelaranku sebagai seorang isteri. Hehe. Dia tak mahu memarahi aku, sebab dia tahu kalau dia marah, aku akan menangis. Dia tak sampai hati lihat aku menangis. Tapi sweetnya bila dia pujuk. Dia buat lawak yang hanya aku tahu part apa yang kelakar. Hehe. 

            Sweetnya lagi, saiz badan aku 2x ganda lebih besar daripada dia. Hahahaha. Dia kurus sangat. Tapi, dia tinggi. Sampaikan aku terpaksa mendongak ke atas apabila berhadapan dengannya. kadang-kadang sakit leher juga. Tapi, sabar je la. Dia kata, kalau aku penat mendongak, dia akan rendahkan tubuhnya dan setarafkan ketinggian kami. Sweet kan? Hehehe. Aku tak pernah membayangkan suamiku perlu macam nie, macam tu. Aku tak pernah menyimpan angan bahawa suamiku harus perfect. Lelaki seperti dia sahaja sudah cukup bagiku. Dia pasti mampu membuatkan aku bahagia. Aku belum pernah lagi gaduh dengan dia. Adapun, kami hanya gaduh-gaduh sayang. Hah?! Macam mana tu? Hehehe. Aku manja, sudah tentu aku merajuk, then dia pujuk. Kalau dia merajuk, aku pujuk. Bagaimana? Mudah sahaja, hanya perlu bagitahu siapa ‘PALING MANANG’ di hati. Tak perlulah terlalu merajuk dan terlalu dipujuk. 
       
           Aku bahagia bersama dia. Seolah-olah aku sedang bermimpi. Jika ini hanyalah mimpi, aku rela tidur lena tanpa terjaga lagi. Biarkan aku bermimpi jika itu boleh menghiburkan hati. Dan izinkan aku untuk bahagia walau inilah yang terakhir kalinya. Aku cukup bahagia. Janganlah lagi kebahagiaan ini hilang dan pergi jauh dariku. Ya Allah jika ini adalah anugerah-MU atas segala kesabaranku selama ini, Engkau tetapkanlah hati kami dalam jalan-MU ya Allah. aku dambakan cintanya selama ini. Alhamdulillah ya Allah ENGKAU temukanku dengan seorang insan yang mampu membahagiakanku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan