Ahad, 26 Ogos 2012

Aku pilih untuk BERNIKAH baru BERCINTA!!!


            Aku sayangkan dia. Aku dapat lupakan segala kesedihanku saat bersamanya. Bukan niatku mahu jadikan dia pelarian hatiku, Cuma aku mahu bersama dengan insan yang mampu bahagiakan aku. Dia mampu buat aku tersenyum, dia mampu buat aku merasa bahagia. Aku mahu bersamanya.
            Apakah dia cinta yang sememangnya diutuskan buatku atau mungkin juga hanya kebahagiaan yang sementara? Entahlah, mana mungkin aku mampu tandingi kuasa Allah SWT. Tapi kalau boleh, cinta ini biarlah menjadi cinta terakhirku di dunia ini lalu berkesinambungan di akhirat kelak. Aku mahu cinta ini hingga ke syurga. Walaupun kami sama-sama hanya manusia lemah dan berhati rapuh, namun kami tetap mencuba menjaga cinta kami. Dengan restu keluarga kami, hubungan ini terjalin jua. insya-Allah kami akan bersama hingga akhir hayat kami.
                                                                   
            Dia seorang yang penyabar, dia sabar melayan karenahku, kenakalanku, kemanjaanku, dan semua sikapku, bukan setakat aku je, ahli keluargaku pun dia ok je. Dia juga seorang yang penyayang. Dia bersifat lembut terhadap wanita. Tutur katanya juga sopan. Dia hanyalah lelaki biasa, tetapi ‘paling manang’ dalam hatiku. Kalau tak, mana mungkin aku mampu mencintainya. Kan? Mungkin inilah yang sering dikatakan.. ‘Allah sengaja mempertemukan kita dengan cinta yang salah, agar kita bersyukur setelah mendapat cinta yang sebenarnya..’ inilah cinta aku dan dia.
                                                                             
            Kami tak pernah menyangka bahawa kami akan bersama. Kami tak pernah membayangkan kami akan menjadi sepasang kekasih yang berkasih sayang kerana Allah. Aku pernah bagitahu dia, aku kata aku nak jadi seorang isteri solehah. Aku nak ke syurga bersama suamiku. Dia hanya tersenyum dan kata, dia nak jadi imam buat isterinya. Bahagianya aku rasakan.
            Bunga-bunga cinta mekar mewangi di tangkai hati, rindu membisik dalam kalam jiwa. Dua insan bermadu kasih, demi meraih cinta Ilahi. Seandainya aku dan dia terpisah, hanya kepiluan penuh syahdu menyanyikan kesedihan. Entahlah, aku merasakan cinta ini utuh untuknya. Semoga dia juga sama sepertiku dan aku sering mohon kepada Allah agar hatinya tetap dalam landasan perjuangan ini. Bahagia kami kerana redha-NYA.  Amin....................................
                                                                                                                                 ~Humaira~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan