Jumaat, 22 November 2013

Hari Bahagia (^_^)

        Assalamu'alaikum... Ah... lamanya x update blog... Alhamdulillah sudah genap 7 bulan pernikahanku bersama seorang hamba Allah yg terpilih.. rasanya x ada apa2 ilham semasa menaip entri ini. cumalah cebisan kenangan pernikahanku dan sedikit perkongsian ttg hari bahagia pd mereka2 yg mungkin pnya fikiran yg sama dgnku.. :)

        Hari bahagiaku sepenuhnya dirancang oleh ahli keluargaku. Aku berada di kampus sepanjang tempoh pertunanganku yg bermula awal januari 2013. selepas exam Sem I selesai, aku bergegas balik ke kampung, kerana hari pernikahanku hanya ada beberapa hari shj lagi. Aku gerak dari kampus jam 9pm dan sampai di kampung jam 12.30am. Perjalananku agak meriah, maklum, banyak bendera Bee End dan pembangkang menghiasi jalan raya..(tempoh pancing undi) (^_^)

        Setibanya aku di kampung halaman, debaran di dada semakin terasa. Ya Allah, jantungku... Dup dap dup dap..pelamin indah di depan mata. kereta cantik berhias, baju pengantin tergantung di bilik, bunga tangan dan hantaran memenuhi katil.... dan rumahku, semakin riuh.

Malam berinai

            Malam berinai sudah tiba. Fuh.... Esk pula aku nak nikah. Sebelum berinai, aku dan adkku menyempurnakan majlis khatam Al-Quran. Setelah itu barulah aku dipasangkan inai. Inai di jari kelihatan merah terang. tanganku pula bersih tanpa lukisan mahupun contengan inai.. cukup d jari-jemariku sahaja. Malam itu adalah malam penuh debaran. (tapi cepat pla t'tidur ah..)


Hari pernikahan

          Jam 7am aku mula bersiap, jam 9am nnt majlis akad nikahku bermula. Aku bersiap sendiri, wajahku ku belek dicermin. Mak andam?? Aku tidak mengupah mak andam untuk menconteng wajahku, jauh sekali pak 2 alam. (^_^) bakal suamiku pasti tidak mahu ada lelaki lain menyentuhku hatta separuh lelaki.. :) aku cuma menempekkan bedak asas diwajahku dan secalit gincu D'herbs (promote).
Setelah siap, aku bergegas keluar dari bilik, sebab jam sudah menunjukkan jam 8.57am pihak pengantin lelaki sudahpun berada di masjid. Akibatnya, aku terpijak lebah dan terkena sengatannya.. Adussh!! Sakit yg teramat kurasakan. Habis luntur 'mekap' aku. suasana semakin kecoh sebab pengantinnya disengat tebuan, jadi lawak la pula. (-_-')

          Kakiku bengkak dan akibatnya aku berjalan tempang.. (-_-') eyyy rosak sikit majlis ku oleh encik tebuan! heee... Majlis tetap diteruskan, aku dan rombonganku menuju ke masjid at-taqwa kota marudu. Di sana kami akan diijab kabulkan.. (^_^)

"Norezudin Bin Arshad.."

imam Arif mulakan lafaz ijab..

"saya". Bakal suamiku menjawab.

"aku nikahkan dikau dengan Juliana Binti Yusuf yg berwakil wali........................................" (kc cepat la bah apa d ckp..)

"aku terima nikahnya Juliana Binti Yusuf dengan mas kahwinnya RM100 tunai....."


Hanya dengan sekali lafaz, aku sah menjadi permaisuri hidupnya. Air mata gugur di pipiku. Itulah kali pertama aku menyalam dan mencium tangannya dan dia mengucup dahiku... Mesranya pertama kali ku rasakan. Malu, terharu.. segalanya terasa di dalam hati. setelah selesai majlis akad nikah, tibalah pula walimahtulurus di rumahku.. (^_^)



Walimahtulurus

          "Eh, pengantinnya x d kc mekap bah.. bukan selalu juga, 1 kali seumur hidup!"

"aik, kenapalah kau x nak mekap nie? bukan selalu bah!"

"x cantik lah d tengok."

serba sedikit 'pujian' yg ku dengar. x kurang juga  dengan yg lain.... memberi pujian yg sebenar..

"cantik kak jue.."

"simple lah kak.. lawa.."

"comelnya pengantin perempuannya.."

"jimat duit suami."

teman2 kampusku datang ke walimahku, betapa aku gembira sebab mereka sanggup datang walaupun jauh. :) 


               majlis persandingan pun bermula. Alunan kompang adk2 SMK KOTA MARUDU II memeriahkan lagi majlis. (^_^)

             Aku dan suami diiring menuju ke pelamin, macam Raja dan Permaisuri pula.. heee.. perasan ja aku nie.. :)

Macam-macam komen orang tentang aku, ah.. pedulikan aku adalah aku. adili macam mana sekalipun, untuk memuaskan hati semua orang bukan mudah. so, puaskan hati sendiri la.. hee... Ramai juga yang datang. kawan2, saudara-mara, ucapan terima kasih dari kami sekeluarga. Alhamdulillah.. majlisku berjalan lancar dan 80% mengikut yg ku mahu.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan