Ahad, 31 Mei 2015

Nur mencari 'BAHAGIA'

           "Kita tunggu abah ya? Kita makan bersama. Kebetulan pula hari ni abah pulang dari kursus."

Sayu hati Nur Jannah menuturkan kata kepada anak-anaknya. Jam dinding sudahpun menunjukkan jam 2 petang. Terik panasnya membahang seperti hatinya Nur Jannah.

            "Ibu!! Abah dah balik!"

         Jerit si kecil nana. Nana yg berusia 3 tahun itu berlari-lari anak mendapatkan abahnya. Tubuh kecilnya melompat-lompat riang meminta didukung tetapi tiada sahutan dari abahnya.

Nur Jannah hanya melihat dengan hati sebu. Jika dahulu setiap kali pulang ke rumah bertemu anak dan isteri, senyuman suaminya tidak pernah lekang dibibir. Cuma sejak suaminya dinaikkan pangkat sikapnya mula berubah. Lantaran itu Nur Jannah hanya bersangka bahawa suaminya terlalu letih berkerja. 

            Perlahan jannah menghulurkan tangan ingin menyalami suaminya. Tetapi salamnya tidak bersambut sama-sekali. Hatinya semakin sebu.
*************************************
😂😂😂😂😂 ok selesai mimpi aku tadi.....d kejutkan oleh alarm subuh. Mmg blh jd cerpen la...😂😂😂