Ahad, 20 Januari 2013

4 TAHAP MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW


PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
gambar sekadar hiasan
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

sekadar hiasan
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.


gambar sekadar hiasan
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Selasa, 15 Januari 2013

PERTUNANGANKU......................

AKU DAH BERTUNANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku dah bertunang... pada 13.01.2013 yg lalu...
bakal suamiku orang bongawan..
orangnya tinggi lampai... agak kurus..
tak ku duga... yg aku bakal menjadi isteri buat seorang lelaki..
inilah kuasa Allah...
mempertemukan kita dgn ramai org...
tp meyatukan hati dgn seseorang,..
hantaranku...
subhanallah.... 
siapa menduga siapa menyangka...
setelah berulang kali jatuh...
setelah lama mencari..
akhirnya bertemu jua....
insya-Allah kelak d satukan dalam lafaz ijab & kabul... 
sering aku di ingatkan..
pertunangan bukanlah lesen yg sah untuk hubungan kami..
oleh itu ada batas2 yg perlu dijaga...
Mereka sahabatku... susah payah dtg d hari bahagiaku..
terima kasih kamu semua...
sebab menjadi teman, dan sahabat yg terbaik...
x d lupa.. saibie, inah dan rosma.. kamu x ada dlm pic nie.. tp kamu ada dlm entri nie...
bersama ank saudara tunangku
x semua saudara mara tunangku dpt hadir... lanun, dewa kejahatan.. nyro.. pkck janie.. n yg lain2... 
namun begitu aku cukup bersyukur kpd Allah sebab akhirnya aku dpt bertemu dgn 4 insan kesayanganku ini... Nurul, Bibi, Cici, & Nana....
d samping itu.. aku dapat memeluk dan mencium pipi mereka.... rindu masih membuak..
bakal kakak2 iparku..
tahukah kamu.. aku d sini merindui kalian??
betapa kuat rasa cinta yg Allah titipkan dlm kalbuku..
betapa halusnya rasa syg menembus dlm jiwaku utk kalian d sana...
menyayangi, mencintai, merindui kalian krn Allah....
ayah & bakal ayah mentuaku...
aku terharu dengan rasa cinta yg hadir dalam hati ini...
sehinggakan aku menangis ketika melihat gambar kalian..
tak mampu ku luahkan kata2 indah..
tidak ku pandai bermadah manis...
apa yg ku tahu.. cintaku mekar d hati ini... hanya buat kamu semua...
doa.. restu yg ku pohon.. dan keredhaan-NYA yg ku damba..
dalam perjalananku.. hamba-NYA yg lemah...
bersama adk2 tersyg...
kuatkan hatiku... kuatkan imanku..
kuatkan hatinya.. kuatkan imannya...
tabahkan hati kami menempuh perjalanan hidup...
hanya entri biasa.. ku dedikasikan buat insan2 tersyg.. yg sentiasa bersamaku...
family... future family... dan tunanganku

rindu, syg.. cinta... semuanya dr Allah.. hargailah detik2 bersama...
mama & papa.. I love both of you........ :'( thanks for everything.. thanks for the love and the heart...
adik-beradikku... semuanya aku syg... maafkan segala kekuranganku.. bantulah aku dalam perjalanan hidup ini.. :'(
maaf entri kurang menarik... perasaan dalam hati sukar utk d luahkan dgn kata2..
biarlah cinta ini tetap mekar dan harum d tangkai hati kita..