Jumaat, 6 Jun 2014

Dia Masih Suamiku (cerpen percubaan)

"apapun yang terjadi, kita akan laluinya bersama. Abang janji... Abang akan jaga Sayang, cintai Sayang sepenuh hati abang. Abang nak pernikahan ini mendapat redha Allah."

                    Butir kata itu masih jelas dalam fikirannya. dimanakah harus dicampakkan diri? Dimana harus dilemparkan sedih ini? perlahan-lahan dia cuba bangun. Bangkit dari luka semalam. Kepala terasa sakit yang teramat, badan yang lebam dan wajah yang ada kesan cakaran suami disentuh lembut. Otak ligat berfikir, apa yang sudah terjadi semalam?

         Mata redupnya memandang seraut wajah suami yang tidur di sisinya, wajah lelaki itu tampak tenang, hanya hatinya yg bergolak. Air mata isteri gugur dipipi, perasaan cinta, mula terhakis sedikit demi sedikit.

":abang, minggu ni abang tak dapat mohon cuti ke?"

wajah suaminya mula bertukar kelat, dahi dikerutkan. kemudian dengan nada yang tinggi, isterinya ditempelak.

"kan syg dah sedia maklum kerja abang ni sibuk, mana ada masa. lagipun kerja abang nie bukan senang-senang je nak apply cuti. Ofis tu bukan milik keluarga abang! abang pun cuma staff sahaja!"

           Hati isterinya bagai disiat-siat lumat saat mendengar lafaz yang yang terungkap daripada suaminya itu. Niat di dalam hati isterinya mahu agar suaminya dapat menemaninya pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun sekali lagi hasrat hatinya terpaksa juga dibatalkan.

"eh, morning syg.. dah bangun?"

           suara suaminya seolah-olah tenggelam bersama angannya. otaknya ligat berfikir bagaimana harus dia jalani hari-hari bersamanya? bagaimana hendak memujuk hatinya yang sudah hancur lebur dek sikap dan layanan suami terhadapnya. Hati wanitanya hancur luluh. Baginya pernikahan ini sudah tidak ada maknanya lagi. Tubuhnya sering disakiti sang suami, hatinya sering dikecewakan. Insan yang seharusnya menjadi tempat perlindungan baginya ternyata orang yang lebih membahayakan nyawanya. Dia cuba tersenyum walau terasa payah. Hakikatnya dia masih menjadi isterinya... luka dan kecewa hanya dia yang menanggungnya... terkadang dalam hati berkata, tidak adakah lagi seorang lelaki ataupun suami yang sentiasa menyayangi isterinya selayaknya cinta Rasulullah kepada isteri2 baginda... masih adakah org yang menjadikan Nabinya sebagai suri tauladan?

Hati wanita yang tersakiti inilah masih teguh memegang janjinya untuk terus bersama walau sering disakiti.. untuk terus mencintai walau sering dilukai.....

                    


                                                                                                   to be continued..................