Ahad, 31 Mei 2015

Nur mencari 'BAHAGIA'

           "Kita tunggu abah ya? Kita makan bersama. Kebetulan pula hari ni abah pulang dari kursus."

Sayu hati Nur Jannah menuturkan kata kepada anak-anaknya. Jam dinding sudahpun menunjukkan jam 2 petang. Terik panasnya membahang seperti hatinya Nur Jannah.

            "Ibu!! Abah dah balik!"

         Jerit si kecil nana. Nana yg berusia 3 tahun itu berlari-lari anak mendapatkan abahnya. Tubuh kecilnya melompat-lompat riang meminta didukung tetapi tiada sahutan dari abahnya.

Nur Jannah hanya melihat dengan hati sebu. Jika dahulu setiap kali pulang ke rumah bertemu anak dan isteri, senyuman suaminya tidak pernah lekang dibibir. Cuma sejak suaminya dinaikkan pangkat sikapnya mula berubah. Lantaran itu Nur Jannah hanya bersangka bahawa suaminya terlalu letih berkerja. 

            Perlahan jannah menghulurkan tangan ingin menyalami suaminya. Tetapi salamnya tidak bersambut sama-sekali. Hatinya semakin sebu.
*************************************
😂😂😂😂😂 ok selesai mimpi aku tadi.....d kejutkan oleh alarm subuh. Mmg blh jd cerpen la...😂😂😂

Jumaat, 12 September 2014

Hanya Kisah Biasa

           sedang aku asyik membaca news feed d laman facebook.. mataku singggah menatap gambar temanku.. Mira G. Dora... gambar little family in a happy house...
minda dan perasaan ku diketuk kenangan zaman persekolahan. Perasaan mula bercampur-baur.Begitu pantas masa berlalu.. Dia dan aku sudah pun bergelar isteri.... Dia bergelar ibu.. dan aku sebagai pemerhati d laman sosial.....

           (-.-') kenapa aku menulis sedikit formal? santai sahaja.... sedikit inspirasi bercambah d ruangan mindaku saat menatap gambar keluarga kecil itu. perasaan bahagia penuh bunga-bunga cinta singgah membenih dalam hati..


          terasa seperti baru semalam aku dan mira berlari berkejaran d koridor sekolah... (-.-') mmg x matang la aku dan dia masa tu... grrrr.... dan bersama seorang lagi temanku yg jelita.. zuraidah..... namun terpisah kerana jarak dan masa.... honestly... aku sgt merindukan zaman remaja dan gila2 bersama mereka... syg.. masa tak mampu berulang kembali.. namun begitu.. masa yg sdh berlalu harus d perbaiki hari demi hari dan yang mendatang.....td banyak ayat jiwang dlm kepala.. bila start update blog... grrr.. semuanya terbang melayang entah kemana...

Jumaat, 6 Jun 2014

Dia Masih Suamiku (cerpen percubaan)

"apapun yang terjadi, kita akan laluinya bersama. Abang janji... Abang akan jaga Sayang, cintai Sayang sepenuh hati abang. Abang nak pernikahan ini mendapat redha Allah."

                    Butir kata itu masih jelas dalam fikirannya. dimanakah harus dicampakkan diri? Dimana harus dilemparkan sedih ini? perlahan-lahan dia cuba bangun. Bangkit dari luka semalam. Kepala terasa sakit yang teramat, badan yang lebam dan wajah yang ada kesan cakaran suami disentuh lembut. Otak ligat berfikir, apa yang sudah terjadi semalam?

         Mata redupnya memandang seraut wajah suami yang tidur di sisinya, wajah lelaki itu tampak tenang, hanya hatinya yg bergolak. Air mata isteri gugur dipipi, perasaan cinta, mula terhakis sedikit demi sedikit.

":abang, minggu ni abang tak dapat mohon cuti ke?"

wajah suaminya mula bertukar kelat, dahi dikerutkan. kemudian dengan nada yang tinggi, isterinya ditempelak.

"kan syg dah sedia maklum kerja abang ni sibuk, mana ada masa. lagipun kerja abang nie bukan senang-senang je nak apply cuti. Ofis tu bukan milik keluarga abang! abang pun cuma staff sahaja!"

           Hati isterinya bagai disiat-siat lumat saat mendengar lafaz yang yang terungkap daripada suaminya itu. Niat di dalam hati isterinya mahu agar suaminya dapat menemaninya pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun sekali lagi hasrat hatinya terpaksa juga dibatalkan.

"eh, morning syg.. dah bangun?"

           suara suaminya seolah-olah tenggelam bersama angannya. otaknya ligat berfikir bagaimana harus dia jalani hari-hari bersamanya? bagaimana hendak memujuk hatinya yang sudah hancur lebur dek sikap dan layanan suami terhadapnya. Hati wanitanya hancur luluh. Baginya pernikahan ini sudah tidak ada maknanya lagi. Tubuhnya sering disakiti sang suami, hatinya sering dikecewakan. Insan yang seharusnya menjadi tempat perlindungan baginya ternyata orang yang lebih membahayakan nyawanya. Dia cuba tersenyum walau terasa payah. Hakikatnya dia masih menjadi isterinya... luka dan kecewa hanya dia yang menanggungnya... terkadang dalam hati berkata, tidak adakah lagi seorang lelaki ataupun suami yang sentiasa menyayangi isterinya selayaknya cinta Rasulullah kepada isteri2 baginda... masih adakah org yang menjadikan Nabinya sebagai suri tauladan?

Hati wanita yang tersakiti inilah masih teguh memegang janjinya untuk terus bersama walau sering disakiti.. untuk terus mencintai walau sering dilukai.....

                    


                                                                                                   to be continued..................

Khamis, 15 Mei 2014

Campus Sick??? (-.-')

"ko garang ba!! ko jahat!! ko ganas mcm rimau.."

tu ayat kawan aku... maknanya ko belum cukup kenal dgn aku.... 
aku manja.. cepat tersentuh... luar je aku brutal.. dlm hati.. mcm ais kena panas woooo... aku bercakap kdg tegas.. sbb aku teguhkan pendirian aku... tp masa tu jantung aku dah dup dap dup dap....

aku kenal ramai org masa study... kak anta.. kak julie.. mummy flo.. jojo.. mira.. tiqah... kinah... chell, lyssa, jum, dan ramai lg la... masa berkawan dgn drg... aku masuk je.. walaupun hanya aku sorg je bertudung labuh.... drg ada jga kata aku mcm rock sikit.. tp hakikatnya aku nie ssh nk d jangka.. 
me & kinah

masa study aku sebilik dengan tiqah dan mira... kdg2 kami gaduh.. kdg2 kami enjoy bersama..... mula2 kenal dgn tiqah, dia mmg agak malas.. sorry tiqah... tp sebenarnya... bukan dia malas.. da mmg tu dia.. kalau da dtg sakit rajinnya.. habis semua sepah d bebel... (>.<) termasuklah katil aku kalau x berkemas....
mira & kinah

mira pula... jenis yg suka shopping.. kaki mall... dan kalau dah study.. semua pun x peduli... kalau kami dah kantoi dkt2 exam, kami copy paste je la... time tu confirm tiqah akan jerit...

"woi... korg dah siap ke assignment hr tu?? bg la aku copy juga..."

akhirnya kami bertiga main copy paste.. tapi bukan selalu... bila dah terlupa.. mula la aksi nie... student.. x mungkin lari dari hal2 seperti ini....
tiqah

kinah pula antara geng kami juga... cuma kinah x tinggal dgn kami.. dia tinggal dgn family dia... kadang2 ke dia datang jenguk kami di bilik tu. kalau dia dtg.. mesti ada makanan.. (^.^') bab makan mmg kami num 1.. (-.-')

masa kami b'3 duk sebilik dulu.. kami selalu langgar peraturan hostel.. x boleh masak memasak dlm bilik.. kami degil.. kami seludup masuk dapur elektrik, periuk, dan mcm2 g... bila ada lect/warden dtg, kami sorok je la... mmg enjoy life in campus... lg2 klu dpt kawan 'gila2' mcm drg.
jojo
dlm bilik lain hal.. masuk kelas lg 1 hal.. semua pun 'gila2' juga... mummy flo yg dah berusia pn jd remaja semula bila masuk kelas...  kak anta lg la... nakal... hah... pointnya di sini......

drg semua kenal aku sekejap seja.. tp dlm masa yg sama... mcm2 perangaiku yg drg semua dpt lihat.. ada masa, aku akan manja dengan mereka... aku kdg2 ikut enjoy... kdg2 aku marah.. kdg2 aku majuk.. tp paling penting.. aku mmg manja.. maklum.. 'adik'... drg semua 'kakak'..hehe.. pejam celik pejam celik... da nak habis da zaman 'gila2' kita.... alam pekerjaan melambai2 sudah.... kita semua dah berpisah.. ada yg kembali ke kampung halaman.. (sepertiku).. ada juga yang duk merantau di daerah org...  

disini pun aku ada kawan baik.. bestie.... since d bangku sekolah.. shida.. junaini.. inah.. qiew...mira.. n ramai lg... 

thanks kamu semua.. sebab selalu warna-warnikan hari2 aku..

Isnin, 16 Disember 2013

Sahabat... (^_^)

Assalamu'alaikum...

Tiba-tiba je jari ku rancak menari-nari hendak berkongsi cerita tentang SAHABAT.. 1 perkataan yang sukar untuk dihuraikan hanya dengan kata-kata, namun inilah hakikat sebuah persahabatan. Suka dan duka perlu dilalui bersama. Aku pernah cakap dengan sahabat2 ku.. Aku nak berkawan sampai syurga. Walaupun kita ni tak confirm masuk syurga, tapi matlamat dan destinasi adalah syurga Allah, bukan syurga dunia semata-mata.



Aku sayang sangat dengan sahabat2ku.. aku mahu berpimpin tangan dengan mereka menuju destinasi. Kalau aku terlena dibuai dunia, bangunkanlah aku dengan kalimah CINTA. Seandainya sahabat terjatuh, raihlah tanganku dan bangkitlah bersamaku. Jalan ini terlalu panjang, liku2 kehidupan penuh ujian, tak siapa tahu apa yang bakal mendatang. 




Sabtu, 9 Februari 2013

aku cuma aku

ianya hanya sebuah kenangan abadi dalam hidup. tiada apa yang menarik untuk di kongsikan.

Ahad, 12 Ogos 2012

Math -.-' alahai.. Mengapa ramai x suka dgn math?

JOM BELAJAR MATH NAK ??? :) :) :) :) :)

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

MATH IS FUN :)