Isnin, 27 Februari 2012

Wanita itu ini???

11/11/2011
12:30pm

Mataku singgah ke meja yang dihuni 3 org jejaka. Meja yang sedia riuh itu brtambah riuh bilamana 2 orang gadis datang dan duduk di meja besebelahan mereka yang baru sahaja di kosongkan. Spontan aku terkejut sebaik saja gadis berseluar jean dan berbaju baby T nampak pusat duduk di kerusi.
“kenapa Yaya?” tanya kak Syikin, lantas turut berpaling sedikit mengikut arah mataku. “Astaghfirullahaladzim....” Cepat-cepat dia paling semula ke depan. Kepalanya tergeleng-geleng. “Hmmm.. apalah nak jadi dengan orang sekarang ni?” keluhnya kesal. “Apa motifnya dia pakai macam tu? Di sekolah tu puas dah kami nasihatkan murid-murid, tapi diaorang dengar ke tidak, tak tahulah..” bebelnya pula. Kesalnya tidak berkesudahan melihat anak remaja yang kian hanyut dalam arus kemodenan.
“Dia tak perasan kut kak,” ujarku bersangka baik. “Mungkin Yaya patut beritahu dia.” Silau mataku melihat seluar dalam G-string merah menyala itu. aku memang tidak sedap hati kerana gadis itu duduk membelakangkan kumpulan jejaka tersebut.
“Itu namanya memang sengaja nak menunjuk. Kalau tidak, buat apa dia pakai baju tak cukup saiz tu? Jangan nak memandai-mandai cari pasal Yaya. Karang dikatanya busybody, Yaya juga yang bengang. Dah.. dah.. makan...” Kak Syikin faham sangat dengan perangai orang-orang yang sebegini. Bukannya sehari dua, tapi sudah bertahun-tahun dia melayani ragam dan karenah murid-murid belasan tahun yang pelbagai.
Nasi di dalam pinggan masih suku berbaki, tapi perutku telah kenyang benar. Sambil meratah saki baki lauk, aku mencuri pandang ke arah salah seorang jejaka di meja hadapanku bangun menuju ke meja sebelah dan kembali semula kemudian. Tidak jelas apa yang diperkatakannya, tapi jawapan gadis berpakaian menjolok mata itu cukup jelas.
“Eh. Suka hati oranglah nak pakai apa pun. Yang kau sibuk tu kenapa?” balasnya dengan lagak marah.
Melengking kuat suaranya hinggap ke cuping telinga aku dan kak syikin membuatkan kami saling berpandangan. Aku dapat membaca riak ‘kan akak dah cakap...’ di wajah kak syikin yang kemudiannya tunduk menyudahkan makan.
Drama tak habis setakat itu. tergamam aku melihat seketul ais terbang melayang dan jatuh betul-betul di dalam seluar jean gadis itu. tepat singgah di alur punggungnya yang nampak jelas.
“Fuyooo, Zan! Tepat balingan kau..” suara seorang lelaki kedengaran memberi komen diiringi ledakan tawa mereka.
Tanpa menghiraukan mata yang banyak memandang, gadis itu bingkas bangun lalu berpaling. “Hei, yang kau kurang ajar sangat ni kenapa hah?” herdiknya berang dan serentak itu tangannya mencapai gelas di atas meja.
Surrr..
Kejadian berlaku terlalu pantas. Tanpa aku duga segelas air telah tersimbah ke arah pemuda itu yang spontan mengelak. Sesaat aku terlongo. Kepala kak syikin yang sedang menunduk tiba-tiba terangkat. Bulat matanya terkejut bertembung pandang dengan raut wajahku. Dia bukan setakat terkejut mendengarkan herdikan gadis itu tapi berganda rasa terkejutnya apabila terasa belakang tubuhnya tiba-tiba sejuk.
“Hei, kenapa ni?” teriak kak syikin lalu bingkas bangun. Sebahagian baju dan tudungnya sudah lencun dibasahi air. Dia yang asyik meratah ikan goreng hanya menyedari apa yang berlaku setelah air tersimbah ke tubuhnya. Duduk membelakangi mereka membuatkan dia tidak perasan apa yang sedang berlaku.
“Err.. sorry kak. Sorry, tak sengaja,” tutur gadis itu gabra. “Dia orang ni yang jahat kacau saya. Nak siram dia tapi terkena akak..” jelasnya dengan muka yang merah padam.
Kak syikin sengaja fokuskan pandangannya ke pakaian gadis itu sebelum kembali semula ke wajahnya. “Awak tu yang memang sengaja mintak dikacau. Dah pakai macam tu, memanglah. Cuba kalau awak pakai macam akak berdua ni hah, tak adalah kena kacau,” tempelaknya membuatkan gadis itu terkulat-kulat. Gadis itu memandang kami berdua dari atas hingga ke bawah. Mungkin melihat pemakaian kami yang agak kolot. Labuh dan longgar. Terkenal dengan gelaran “khemah bergerak” tak pun, macam nenek2 yang tak tahu berfesyen.
Dengan perasaan bengang dia kembali semula ke mejanya. Sangkanya dia akan dapat sokongan daripada wanita itu namun sebaliknya dia pula disalahkan lantas dia mengajak temannya pergi dari situ.
p/s: cerita ini dikongsi, bukanlah berniat nak sakitkan hati sesiapa ataupun mengaibkan sesiapa. Hanya 1 perkongsian untuk kita sama2 berfikir..Sama2 muhasabah diri..(^_^) wallahualam...

Ahad, 26 Februari 2012

Wanita Yang Kau Sakiti...

Wanita itu dahulunya punya cinta untukmu. Wanita itu dahulu pernah setia padamu. Wanita itu dahulu yang sering kau rindui. Seringkali dia mendengar bisikan indahmu bahawa kau merindui dan mencintai dia. Kau hadiahkan dia senyuman manis yang sentiasa terukir buatnya. Kau bawa dia mengembara ke alam cinta milik kamu berdua. Dia terlena dalam dakapan cintamu. Keindahan cinta dan kemanisan harapan yang kau berikan padanya buat dia tersentuh dan semakin bertambah kasihnya padamu.

Pada suatu saat, dalam hangatnya cinta yang dimiliki antara dirimu dan wanita itu, ditimpakan satu ujian. Ujian untuk menguji sejauh mana ikhlas dan benarnya kata-katamu pada wanita itu. Kau berjanji tak akan pernah meninggalkan wanita itu. Kerana katamu, cinta dan hatimu hanya milik wanita itu seorang. Lalu kau membuat keputusan tanpa suarakan pada wanita itu terlebih dahulu. Kau tinggalkan wanita itu sendirian. Kau bunuh perasaannya. Kau tinggalkan dia tanpa menoleh sedikit pun padanya. Semakin lama, bayanganmu semakin menghilang dari pandangan matanya.

Tahukah engkau apa yang terjadi pada wanita itu setelah pemergianmu? Tahukah engkau bagaimana dia lalui hari-harinya tanpamu? Tahukah engkau apa yang perlu dia lakukan untuk menghilangkan kesakitan cintanya? Tidak! Engkau tak pernah tahu! Malah kau tak pernah ambil peduli akan keadaannya. Ego yang kau bina terlalu tinggi berbanding cintamu padanya. Setiap hari, wanita itu berharap kau akan kembali. Menyerikan semula cinta yang sudah tandus. Setiap saat, hati wanita itu sebak dan hiba. Namun air matanya sudah kering kerana asyik menangisi pemergianmu. Dia mengorak langkah, membina tembok kekuatan hati.

Kini, wanita tegar itu bangkit. Kadang-kala rasa rindu hadir menjengah hatinya. Dia hanya mampu mencari khabarmu lewat laman sosial. Tahukah engkau, dia sering menjengah ruanganmu? Tatkala dia mendapat khabar kau telah bersama dengan insan yang seiring dan sama sepertimu, hatinya benar-benar hancur. Tapi, perlu kau ketahui bahawa wanita itu tetap masih mencintaimu sama seperti dahulu. Wanita itu teruskan langkahnya. Dia tidak mampu membuangmu dari hatinya. Dia juga mencuba membuka hatinya buat cinta lain. Tapi tetap dirimu jua yang dicintai. Tidakkah ada sekelumit pun dihatimu mahu menemuinya semula? Tidakkah lagi kau lihat cintanya padamu?

Wanita itu kini mula mencari sinar. Walau dia sedar, dia bukan wanita yang sempurna ibadahnya kepada Allah, namun dia tetap mencuba. Kerana dia yakin, Allah sentiasa bersamanya. Seandainya kau sedar nilai cintanya, dan kau mahu kembali bersamanya, rasanya sudah tidak perlu lagi. Kerana dia kini sudah berubah. Menjadi seorang wanita mulia. Jangan kau sakiti dia lagi. Biarkan dia bahagia...
~Evanda93~

Jumaat, 24 Februari 2012

Buat Calon Imamku yang tercatat di Luh Mahfuz..


Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di Hatiku Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di Hatiku Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu.. Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat pada-Nya.. Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana aku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid.. Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula.. Malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu.. Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku.. Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar.. Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku.. Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat.. Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.. Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya.. Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu.. Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu.. Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita.. Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur.. Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu.. Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama.. Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hamba-Nya yang lain.. Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan.. Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu.. Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu.. Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???
Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di Hatiku Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku… Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~ Sekian warkah khas untukmu Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di Hatiku ...♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥ ♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ .......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ...¨¨ Ya ALLAH¨¨ Sesungguhnya aku lemah¨¨ tanpa petunjuk-MU¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU ¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU ‘♥_♥’ Ya Allah..kurniakan lah kepada kami kejayaan di Dunia dan di Akhirat..Aamiin ya Rabbal'alamin.

Isnin, 13 Februari 2012

Duhai Akhi...(^_^)

Duhai Akhi….Sebaik apapun dirimu, takkan ku biarkan diriku jatuh ke dalam pelukanmu.Setampan apapun wajahmu,takkan membuatku terlena karena engkau bukanlah kekasih halalku.Selembut apapun perlakuanmu,tak mau aku membawamu ke dalam mimpi kerana belum tentu Allah mentakdirkan engkau menjadi milikku.

Biarlah rasa kagum ini aku simpan dalam hati.

Duhai Akhi… kalaupun benar ada harap yang terbias dalam hati untuk dapat menjadi pendampingmu,tak akan aku menghinakan diri dengan mengemis perhatian dan memohon agar engkau mencintai aku,kerana apa yang tampak indah di mataku belumlah tentu yang terindah dalam pandangan-Nya.Kalaupun benar ada percikan-percikan hasrat yang merasuk kedalam jiwa, biarlah akan aku simpan dalam dada sambil berdoa semoga engkau yang Allah pilihkan sebagai imamku kelak.

Duhai akhi…Aku adalah muslimah pemalu,Takkan dapat mata ini memandangmu, kerana syaitan pasti telah bersiap melepaskan anak panahnya di antara pandangan mata kita,Aku adalah muslimah pemalu,Tak akan bisa aku berkata “aku mencintaimu,” karena engkau belumlah halal untukku.
Takkan sanggup aku mengenggam erat jemarimu,karena syaitan pasti dengan mudahnya akan masuk melalui sela-sela jemari kita lalu mengalir ke dalam hati dan menyiapkan perangkap-perangkapnya sehingga neraka akan tampak seperti syurga.

Duhai Akhi…Bila engkau menginginkan aku,katakanlah pada orang tuaku.Bila engkau mencintai aku,jagalah aku dengan imanmu.Bila engkau menginginkan aku untuk selalu ada disampingmu,khitbahlah aku.Bila menurutmu akulah wanita yang pantas untuk menjadi pendamping hidupmu,ikatlah aku dengan tali suci pernikahan yang telah Allah persiapkan untuk kita,agar cinta ini senantiasa dapat aku persembahkan untukmu dan hanya untukmu kekasih halalku.

Jumaat, 10 Februari 2012

Baitul Muslim ke?? ^^


Cinta, cinta dan selamanya cinta. Bulan February yang sinonimnya dikatakan bulan penuh kecintaan. Mungkin ramai yang bersetuju dengan hari kekasih yang menjadi sambutan setiap pasangan kekasih yang bercinta. Tapi, bagi umat islam, perlukah menyambut hari kekasih ini? Jawapannya, sudah tentu TIDAK! Ketika saya suarakan isu ini, ramai sahabat-sahabat yang berkata saya tidak faham kerana saya tidak ada pasangan. Siapa kata? Saya juga manusia biasa yang Allah kurniakan fitrah insani. Saya juga kini sedang bercinta. Dengan siapa saya bercinta? Biarlah rahsia. Kerana saya mahu menjaga kesucian cinta ini buat Arjuna Hati.
Tidak ada siapa pun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Ia adalah fitrah – semua manusia terdorong untuk menikmati cinta. Cinta umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada PEMBERI HADIAH? Jawabnya, tepuk dada, tanya iman di dalam jiwa. Tentulah pemberi hadiah. Malangnya, apa yang berlaku kekadang lebih daripada itu. Pujaan, sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta dalam nyanyian dan filem kekadang sampai ke tahap boleh ‘mempertuhankan’ cinta. Seolah-olah cinta itulah segala-galanya. Padahal dalam realitinya, cinta yang sebegitu selalunya sirna setelah diuji di alam rumahtangga. Sementara belum dapat… dipuji dan dipuja, tetapi setelah dapat, segala kemanisannya hilang. Apa yang tak kena dengan cinta sebegini?
Memang setiap yang enak dan indah itu ‘memabukkan.’ Apalagi jika diteguk keterlaluan dan tanpa peraturan. Gula yang manis itu pun, jangan diambil berlebihan. Begitulah dengan cinta. Bila mabuk, kita tidak sedar, tidak Nampak dan tidak pasti. Yang dilihat hanya indah-indah sahaja.
Firman Allah:
“Apakah kamu tidak melihat bagaimana ada manusia yang mempertuhankan hawa nafsunya.” (Al-Jaatsiyah 45:23)
Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan – cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan. Bagi kaum Adam yang mencari pasangan yang jelita. Ingatlah kata-kata ini, “tidak ada wanita hodoh, hanya kecantikan yang berbeza.” Inginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, sukakan kecantikan kerana itu sifat Allah. Wanita juga adalah ciptaan Allah, dan sudah tentu ciptaan Allah cantik belaka. Lebih cantik seorang wanita jika akhlaknya juga dihiasi dengan indah. Sesuai dengan sabda Rasulullah,
“Dunia ini perhiasan, seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.”
(hadis riwayat muslim)
Untuk mendapatkan cinta, kecantikan itu tidak menjadi persoalan utama, tetapi apa yang penting ialah berikanlah cinta. Jika memberi, pasti akan ada yang menerima jua nanti. Harta, rupa, takhta, dan agama (akhlak) adalah 4 pandangan manusia dalam mencintai wanita. Tetapi sabda Rasulullah, pilih yang baik agamanya. Renungkan sebentar… jika kita boleh belajar dari pengalaman pahit orang lain, kenapa perlu kita merasai kepahitan itu sendiri untuk belajar? Ingatlah, yang baik itu cantik tetapi yang cantik itu tidak semestinya baik! Siapa soleh dapat solehah! Firman Allah:
“perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, manakala lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitulah jua sebaliknya”
(an-Nur:26)
Cinta, cinta dan selamanya cinta. Kerana cinta alam tercipta, kerana cinta hidup bahagia dan kerana cintalah kita kenal Pencipta. Oleh itu, bagi pasangan yang bercinta, sandarkanlah cinta itu di landasan keimanan dan jadikan cinta itu ibadah kepada Allah. Ayuh kita sama-sama meraih cinta hakiki dan rindu abadi hanya buat yang Esa….