Isnin, 27 Februari 2012

Wanita itu ini???

11/11/2011
12:30pm

Mataku singgah ke meja yang dihuni 3 org jejaka. Meja yang sedia riuh itu brtambah riuh bilamana 2 orang gadis datang dan duduk di meja besebelahan mereka yang baru sahaja di kosongkan. Spontan aku terkejut sebaik saja gadis berseluar jean dan berbaju baby T nampak pusat duduk di kerusi.
“kenapa Yaya?” tanya kak Syikin, lantas turut berpaling sedikit mengikut arah mataku. “Astaghfirullahaladzim....” Cepat-cepat dia paling semula ke depan. Kepalanya tergeleng-geleng. “Hmmm.. apalah nak jadi dengan orang sekarang ni?” keluhnya kesal. “Apa motifnya dia pakai macam tu? Di sekolah tu puas dah kami nasihatkan murid-murid, tapi diaorang dengar ke tidak, tak tahulah..” bebelnya pula. Kesalnya tidak berkesudahan melihat anak remaja yang kian hanyut dalam arus kemodenan.
“Dia tak perasan kut kak,” ujarku bersangka baik. “Mungkin Yaya patut beritahu dia.” Silau mataku melihat seluar dalam G-string merah menyala itu. aku memang tidak sedap hati kerana gadis itu duduk membelakangkan kumpulan jejaka tersebut.
“Itu namanya memang sengaja nak menunjuk. Kalau tidak, buat apa dia pakai baju tak cukup saiz tu? Jangan nak memandai-mandai cari pasal Yaya. Karang dikatanya busybody, Yaya juga yang bengang. Dah.. dah.. makan...” Kak Syikin faham sangat dengan perangai orang-orang yang sebegini. Bukannya sehari dua, tapi sudah bertahun-tahun dia melayani ragam dan karenah murid-murid belasan tahun yang pelbagai.
Nasi di dalam pinggan masih suku berbaki, tapi perutku telah kenyang benar. Sambil meratah saki baki lauk, aku mencuri pandang ke arah salah seorang jejaka di meja hadapanku bangun menuju ke meja sebelah dan kembali semula kemudian. Tidak jelas apa yang diperkatakannya, tapi jawapan gadis berpakaian menjolok mata itu cukup jelas.
“Eh. Suka hati oranglah nak pakai apa pun. Yang kau sibuk tu kenapa?” balasnya dengan lagak marah.
Melengking kuat suaranya hinggap ke cuping telinga aku dan kak syikin membuatkan kami saling berpandangan. Aku dapat membaca riak ‘kan akak dah cakap...’ di wajah kak syikin yang kemudiannya tunduk menyudahkan makan.
Drama tak habis setakat itu. tergamam aku melihat seketul ais terbang melayang dan jatuh betul-betul di dalam seluar jean gadis itu. tepat singgah di alur punggungnya yang nampak jelas.
“Fuyooo, Zan! Tepat balingan kau..” suara seorang lelaki kedengaran memberi komen diiringi ledakan tawa mereka.
Tanpa menghiraukan mata yang banyak memandang, gadis itu bingkas bangun lalu berpaling. “Hei, yang kau kurang ajar sangat ni kenapa hah?” herdiknya berang dan serentak itu tangannya mencapai gelas di atas meja.
Surrr..
Kejadian berlaku terlalu pantas. Tanpa aku duga segelas air telah tersimbah ke arah pemuda itu yang spontan mengelak. Sesaat aku terlongo. Kepala kak syikin yang sedang menunduk tiba-tiba terangkat. Bulat matanya terkejut bertembung pandang dengan raut wajahku. Dia bukan setakat terkejut mendengarkan herdikan gadis itu tapi berganda rasa terkejutnya apabila terasa belakang tubuhnya tiba-tiba sejuk.
“Hei, kenapa ni?” teriak kak syikin lalu bingkas bangun. Sebahagian baju dan tudungnya sudah lencun dibasahi air. Dia yang asyik meratah ikan goreng hanya menyedari apa yang berlaku setelah air tersimbah ke tubuhnya. Duduk membelakangi mereka membuatkan dia tidak perasan apa yang sedang berlaku.
“Err.. sorry kak. Sorry, tak sengaja,” tutur gadis itu gabra. “Dia orang ni yang jahat kacau saya. Nak siram dia tapi terkena akak..” jelasnya dengan muka yang merah padam.
Kak syikin sengaja fokuskan pandangannya ke pakaian gadis itu sebelum kembali semula ke wajahnya. “Awak tu yang memang sengaja mintak dikacau. Dah pakai macam tu, memanglah. Cuba kalau awak pakai macam akak berdua ni hah, tak adalah kena kacau,” tempelaknya membuatkan gadis itu terkulat-kulat. Gadis itu memandang kami berdua dari atas hingga ke bawah. Mungkin melihat pemakaian kami yang agak kolot. Labuh dan longgar. Terkenal dengan gelaran “khemah bergerak” tak pun, macam nenek2 yang tak tahu berfesyen.
Dengan perasaan bengang dia kembali semula ke mejanya. Sangkanya dia akan dapat sokongan daripada wanita itu namun sebaliknya dia pula disalahkan lantas dia mengajak temannya pergi dari situ.
p/s: cerita ini dikongsi, bukanlah berniat nak sakitkan hati sesiapa ataupun mengaibkan sesiapa. Hanya 1 perkongsian untuk kita sama2 berfikir..Sama2 muhasabah diri..(^_^) wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan