Jumaat, 22 November 2013

Hari Bahagia (^_^)

        Assalamu'alaikum... Ah... lamanya x update blog... Alhamdulillah sudah genap 7 bulan pernikahanku bersama seorang hamba Allah yg terpilih.. rasanya x ada apa2 ilham semasa menaip entri ini. cumalah cebisan kenangan pernikahanku dan sedikit perkongsian ttg hari bahagia pd mereka2 yg mungkin pnya fikiran yg sama dgnku.. :)

        Hari bahagiaku sepenuhnya dirancang oleh ahli keluargaku. Aku berada di kampus sepanjang tempoh pertunanganku yg bermula awal januari 2013. selepas exam Sem I selesai, aku bergegas balik ke kampung, kerana hari pernikahanku hanya ada beberapa hari shj lagi. Aku gerak dari kampus jam 9pm dan sampai di kampung jam 12.30am. Perjalananku agak meriah, maklum, banyak bendera Bee End dan pembangkang menghiasi jalan raya..(tempoh pancing undi) (^_^)

        Setibanya aku di kampung halaman, debaran di dada semakin terasa. Ya Allah, jantungku... Dup dap dup dap..pelamin indah di depan mata. kereta cantik berhias, baju pengantin tergantung di bilik, bunga tangan dan hantaran memenuhi katil.... dan rumahku, semakin riuh.

Malam berinai

            Malam berinai sudah tiba. Fuh.... Esk pula aku nak nikah. Sebelum berinai, aku dan adkku menyempurnakan majlis khatam Al-Quran. Setelah itu barulah aku dipasangkan inai. Inai di jari kelihatan merah terang. tanganku pula bersih tanpa lukisan mahupun contengan inai.. cukup d jari-jemariku sahaja. Malam itu adalah malam penuh debaran. (tapi cepat pla t'tidur ah..)


Hari pernikahan

          Jam 7am aku mula bersiap, jam 9am nnt majlis akad nikahku bermula. Aku bersiap sendiri, wajahku ku belek dicermin. Mak andam?? Aku tidak mengupah mak andam untuk menconteng wajahku, jauh sekali pak 2 alam. (^_^) bakal suamiku pasti tidak mahu ada lelaki lain menyentuhku hatta separuh lelaki.. :) aku cuma menempekkan bedak asas diwajahku dan secalit gincu D'herbs (promote).
Setelah siap, aku bergegas keluar dari bilik, sebab jam sudah menunjukkan jam 8.57am pihak pengantin lelaki sudahpun berada di masjid. Akibatnya, aku terpijak lebah dan terkena sengatannya.. Adussh!! Sakit yg teramat kurasakan. Habis luntur 'mekap' aku. suasana semakin kecoh sebab pengantinnya disengat tebuan, jadi lawak la pula. (-_-')

          Kakiku bengkak dan akibatnya aku berjalan tempang.. (-_-') eyyy rosak sikit majlis ku oleh encik tebuan! heee... Majlis tetap diteruskan, aku dan rombonganku menuju ke masjid at-taqwa kota marudu. Di sana kami akan diijab kabulkan.. (^_^)

"Norezudin Bin Arshad.."

imam Arif mulakan lafaz ijab..

"saya". Bakal suamiku menjawab.

"aku nikahkan dikau dengan Juliana Binti Yusuf yg berwakil wali........................................" (kc cepat la bah apa d ckp..)

"aku terima nikahnya Juliana Binti Yusuf dengan mas kahwinnya RM100 tunai....."


Hanya dengan sekali lafaz, aku sah menjadi permaisuri hidupnya. Air mata gugur di pipiku. Itulah kali pertama aku menyalam dan mencium tangannya dan dia mengucup dahiku... Mesranya pertama kali ku rasakan. Malu, terharu.. segalanya terasa di dalam hati. setelah selesai majlis akad nikah, tibalah pula walimahtulurus di rumahku.. (^_^)



Walimahtulurus

          "Eh, pengantinnya x d kc mekap bah.. bukan selalu juga, 1 kali seumur hidup!"

"aik, kenapalah kau x nak mekap nie? bukan selalu bah!"

"x cantik lah d tengok."

serba sedikit 'pujian' yg ku dengar. x kurang juga  dengan yg lain.... memberi pujian yg sebenar..

"cantik kak jue.."

"simple lah kak.. lawa.."

"comelnya pengantin perempuannya.."

"jimat duit suami."

teman2 kampusku datang ke walimahku, betapa aku gembira sebab mereka sanggup datang walaupun jauh. :) 


               majlis persandingan pun bermula. Alunan kompang adk2 SMK KOTA MARUDU II memeriahkan lagi majlis. (^_^)

             Aku dan suami diiring menuju ke pelamin, macam Raja dan Permaisuri pula.. heee.. perasan ja aku nie.. :)

Macam-macam komen orang tentang aku, ah.. pedulikan aku adalah aku. adili macam mana sekalipun, untuk memuaskan hati semua orang bukan mudah. so, puaskan hati sendiri la.. hee... Ramai juga yang datang. kawan2, saudara-mara, ucapan terima kasih dari kami sekeluarga. Alhamdulillah.. majlisku berjalan lancar dan 80% mengikut yg ku mahu.. :)

Pernikahan & Walimahtulurusku...

kereta pengantin
          Sudah genap 7 bulan usia pernikahanku bersama hamba Allah yg terpilih. Aku ingin berkongsi cerita ttg hari bahagiaku. Aku seorang wanita yg bertudung labuh. Aku sgt mendambakan pernikahan dan walimahtulurus yang sederhana. Tidaklah aku mendambakan mahligai mewah dan indah terbentang di depan mataku. 

      Majlis pernikahan dan Walimahtulurusku sepenuhnya diuruskan oleh keluargaku sementara aku berada di kampus menduduki exam sem I.
Persediaan di kampung halaman tak pernah ku jangkakan. Apa yg ku tahu Aku akan balik dan bernikah x lama lagi.. Barang hantaran untuk bakal suamiku saat itu, aku dan keluarga pergi beli bersama tunangku. Cincin pula, ibu mentuaku yang belikan. Ada sedikit rasa terkilan sebab tak dapat pilih cincin kahwin sendiri. Tapi x mengapalah, aku terima sahaja. (^_^)

      Akhirnya saat yg ditunggu2 semakin hampir. Malam itu setelah siap menghadapi exam, aku terus balik kampung. Debarannya semakin terasa.
Akhirnya, tiba di kampung halaman, ku lihat pelamin indah di hadapan mataku. Kereta dihias indah. oh, esok adalah hari pernikahanku..!!

sebelum malam berinai bermula, aku membaca ayat suci Al-Quran bersama adikku.

Alhamdulillah... Setelah semuanya selesai, tibalah sudah giliranku dipasangkan inai.. Jari-jemariku sudah berinai. ianya simple kata org barat.. :) aku x melukis inai apatah lagi menconteng tanganku. (^_^) kata org putih lg, simple is beauty (^_^) hee...

so.......................... esok harinya pula, tiba la sudah saat yang ditunggu2 tu. Majlis pernikahanku akan bermula jam 9am. huhuhu.. Aku bersiap jam 7am. Mak andam? Honestly aku tak ada upah mak andam, apatah lagi pak 2 alam. :) Aku membelek wajahku didepan cermin. Ok! aku cukup berpuas hati dengan rupaku yang hanya bertempek bedak nipis dan secalit gincu b'warna natural. Akhirnya siap juga dandanan wajah pengantin yg mekap sendiri nie ye.. :) aku pun mencapai kasut pengantinku dan meluru keluar dari bilik sebabnya keluarga pihak pengantin lelaki dah menunggu lebih 15 minit di masjid. (^_^) mcm x sabar je kan? hee..

     Akibatnya aku disengat tebuan pada hari bahagiaku. Mahu x nangis? Hancur 'mekap' aku. hee.. Tebuan tu sengat aku kat tapak kaki, kecoh 1 rumah pengantin disengat tebuan. hee.. lawak la pula jadinya. Hish! Tunggu ko en. Tebuan! hee...

      setelah lama menahan sakit di rumah, majlis harus diteruskan juga, aku dan rombonganku menuju ke masjid at-taqwa kota marudu. Jantungku berdegup kencang. Dup dap dup dap. Setibanya di masjid.. owh.. banyak mata yang memandangku. ada bisikan2 kecil ku dengarkan.

"eh, lawa la.. cantik pengantinnya, comel."

tak kurang juga yang berkata...

"alahai, kenapa pengantinnya x dimekapkan? hodoh la."

aku duduk diam sahaja. senyum terukir dibibirku. Pedulikanlah, mereka tak mengerti.
aku 
          

"aku terima nikahnya Juliana Binti Yusuf dengan Mas kahwinnya RM100 tunai...."



hanya dengan 1 lafaz, jadilah aku bidadarinya di syurga. jadilah aku isterinya yg sah, jadilah aku penyeri hatinya dalam suka dan duka. Air mata gugur di pipiku... :') aku x pernah mesra dgnnya dikhlyak. Itulah kali pertama ku salam dan cium tangannya, kali pertama dahiku d kucup olehnya penuh cinta dan mesra.. (~_^)

Dia suamiku.. dunia dan insha-Allah akhirat kelak.. :') selesai majlis akad nikah, tibalah pula saat walimahtulurus di rumahku.

       jeng.. jeng... sampai sahaja di rumah, jantungku kembali berdebar.. ok! kena duduk atas pelamin yg tentunya akan menjadi perhatian banyak mata. (-_-"