Khamis, 5 April 2012

Kasih?? Kasihan??? mana 1??


“Abang keliru Puteri, abang tak tahu apa lagi yang abang nak. Abang sayang hubungan abang dengan Puteri, tapi abang masih tak dapat lupakan bekas kekasih abang.” Perlahan nada Saiful. Ada sendu kedengaran disebalik kata-kata itu. Puteri hanya mampu menahan suara tangisannya. Hatinya pedih, hancur sekali lagi.

“Puteri! Hoi! Kenapa kau asyik mengelamun je ni? Dari pagi tadi kau asyik diam je, kalau dah diam tu, mulalah kau masuk dunia kau sendiri!” bebel shida sahabat Puteri. Puteri mengeluh kecil, kedengaran berat di cuping telinga Shida. Sahabatnya itu hanya mampu gelengkan kepala lalu memaut bahu Puteri yang hanya membatu di situ.

“Aku dah melukai hati aku sendiri Shida, aku dah jatuh cinta pada seseorang yang masih menyayangi kekasih lamanya. Malah cinta di hatinya tak pernah mungkin aku dapatkan melainkan simpatinya. Bukan kasih yang aku dapat, tapi kasihan..” perlahan nada Puteri menuturkan kegelisahannya. Air mata sudah bergenang di kelopak matanya. Sayu pandangannya menatap wajah Shida penuh duka.

“hurmmm, sabarlah Puteri, aku sarankan kau tarik diri sahaja dari hubungan ini, kau mulakan hidup baru kau. Mungkin sekarang dia tak hargai kau, tapi Insya-Allah nanti, dia akan merasakan cinta kau.” Senyuman Shida manis sekali, mententeramkan hati insan yang memandang. Gadis melayu kacukan cina itu masih tersenyum, lantas Puteri menarik lengan Shida dan berjalan seiringan menuju ke kafeteria untuk mengisi perut yang dari tadi berkeroncong.

“Kau ok tak ni?”
pandangan Shida pelik, sesuai peliknya dengan soalan yang diajukan, Puteri menjungkit bahunya. Muncung sedepa Shida. Akhirnya mereka gelak bersama terhibur dengan gelagat masing-masing.
Ketika berjalan-jalan di sekitar bangunan PRA-U Kesusasteraan Melayu, Puteri tersentuh tatkala terlihat seekor burung merpati yang terbang berpasangan. Dia pula kesunyian. Terdetik di dalam hatinya, ‘mungkin inilah juga yang dirasakan Nabi Adam, kesunyian tanpa teman, sebab itu Allah ciptakan Hawa. Dan sebab tu Allah Maha Penyayang, DIA cipta semuanya berpasangan dan tak mungkin kesunyian.’

Melalui sepasang burung merpati ciptaan Allah itu, Puteri kian mengerti erti cinta yang Allah berikan pada hamba-hambaNYA. Subhanallah, Allah Maha Adil dan Maha Kuasa. Tiada sesuatu yang setara dengan-NYA. Sesudah itu, Puteri mendapatkan sahabatnya bersama senyuman. Puteri mahu beritahu pada ‘dunia’ bahawa dia kini redha dan pasrah dengan ketentuan-NYA. Biarlah dia sendiri hingga hujung nyawa, asalkan dia tak sepi dari kasih-Nya. Apa yang penting, Puteri jalani hidupnya dengan hati yang tenang. Jodoh datangnya dari Allah. sesuai dengan kehendak-Nya. Bagi Puteri, dia sanggup tinggalkan cinta demi CINTA.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Al-Baqarah:218)

6 ulasan:

  1. cian plak at puteri tu kn....
    nk tnye....
    pic sape tu?
    awak ke?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... emmmm nice entry,teruskan menulis... (n_n)

    p/s:Kak yah rasa kenal jak pemilik blog ini tapi entahlah wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukran...ya..kenal ke??Alhamdulillah..semoga bermanfaat lah..dakwah santai..mcm knl ke?

      Padam
    2. kalau ini ju... budak kru km kak yah kenal la... cuba tanya kak hasnur kenalkah dgn Cik LeiyaUmairah or LiahSnaiL? kalau kenal ini sahabatnya

      Padam
    3. owh..rasanya kenal da..ya..nie ju KRUKM...^^

      Padam