Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di Hatiku
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan
mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan
mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan
mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti
akan mengecewakanmu..
Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di Hatiku
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu.. Adakah
engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk
kita bersama-sama munajat pada-Nya.. Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi
engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana aku ingin dirimu solat subuh
berjemaah di masjid.. Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari
solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula.. Malahan aku ingin
engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku &
dirimu.. Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat
bersama ku.. Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku
masih lagi dengan tugasku di luar.. Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di
rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan
sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku.. Adakah
engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW
dalam kehidupan kita.. Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu &
membawamu lebih mendekatiNya.. Adakah engkau sanggup jika akan ada malam
tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu.. Adakah engkau
sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia
mungkin akan mengganggumu.. Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita
dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita.. Adakah engkau sanggup jika aku
meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para
sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur.. Adakah engkau sanggup jika
aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita
kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu.. Adakah engkau
sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita
berjalan bersama.. Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang
bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hamba-Nya
yang lain.. Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu.. Adakah engkau sanggup jika
ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk
dirimu.. Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???
Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di Hatiku
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari
persepsiku… Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang
terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui &
mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan
jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh
solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana
walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam
diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku
memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali
jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku
untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah
Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada
kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW
itulah yang terbaik..dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku
mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..kerana telah ku
pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku
bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di
jalan-Nya..terimalah diriku seadanya Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada
jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas
namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah
bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau
sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika
tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin
kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu
kerana Dia~ Sekian warkah khas untukmu Wahai Calon Imamku Yang Akan Bertahta Di
Hatiku ...♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥ ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ...¨¨ Ya ALLAH¨¨ Sesungguhnya aku lemah¨¨ tanpa
petunjuk-MU¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU ¨¨¨ aku hina
tanpa Rahmat-MU ‘♥_♥’ Ya Allah..kurniakan lah kepada kami
kejayaan di Dunia dan di Akhirat..Aamiin ya Rabbal'alamin.
smart lagu ko... aq suka...
BalasPadamistikharah cinta..thanks..hehe..suka nie..buat arjuna hati...
Padamterharu sangat2 lau dapat isteri cam kat atas :)
BalasPadamkalo la dapat isteri cam nie....
syukur sangat2....
wan harap suatu hari nanti wan dikurniakn isteri cam ana cakap kat ats au
AMIN !! Doakan wan ye......
amin..Insya-Allah..jgn juz berusaha cari yg solehah..tp berusaha jd soleh..
Padam