Ahad, 26 Februari 2012

Wanita Yang Kau Sakiti...

Wanita itu dahulunya punya cinta untukmu. Wanita itu dahulu pernah setia padamu. Wanita itu dahulu yang sering kau rindui. Seringkali dia mendengar bisikan indahmu bahawa kau merindui dan mencintai dia. Kau hadiahkan dia senyuman manis yang sentiasa terukir buatnya. Kau bawa dia mengembara ke alam cinta milik kamu berdua. Dia terlena dalam dakapan cintamu. Keindahan cinta dan kemanisan harapan yang kau berikan padanya buat dia tersentuh dan semakin bertambah kasihnya padamu.

Pada suatu saat, dalam hangatnya cinta yang dimiliki antara dirimu dan wanita itu, ditimpakan satu ujian. Ujian untuk menguji sejauh mana ikhlas dan benarnya kata-katamu pada wanita itu. Kau berjanji tak akan pernah meninggalkan wanita itu. Kerana katamu, cinta dan hatimu hanya milik wanita itu seorang. Lalu kau membuat keputusan tanpa suarakan pada wanita itu terlebih dahulu. Kau tinggalkan wanita itu sendirian. Kau bunuh perasaannya. Kau tinggalkan dia tanpa menoleh sedikit pun padanya. Semakin lama, bayanganmu semakin menghilang dari pandangan matanya.

Tahukah engkau apa yang terjadi pada wanita itu setelah pemergianmu? Tahukah engkau bagaimana dia lalui hari-harinya tanpamu? Tahukah engkau apa yang perlu dia lakukan untuk menghilangkan kesakitan cintanya? Tidak! Engkau tak pernah tahu! Malah kau tak pernah ambil peduli akan keadaannya. Ego yang kau bina terlalu tinggi berbanding cintamu padanya. Setiap hari, wanita itu berharap kau akan kembali. Menyerikan semula cinta yang sudah tandus. Setiap saat, hati wanita itu sebak dan hiba. Namun air matanya sudah kering kerana asyik menangisi pemergianmu. Dia mengorak langkah, membina tembok kekuatan hati.

Kini, wanita tegar itu bangkit. Kadang-kala rasa rindu hadir menjengah hatinya. Dia hanya mampu mencari khabarmu lewat laman sosial. Tahukah engkau, dia sering menjengah ruanganmu? Tatkala dia mendapat khabar kau telah bersama dengan insan yang seiring dan sama sepertimu, hatinya benar-benar hancur. Tapi, perlu kau ketahui bahawa wanita itu tetap masih mencintaimu sama seperti dahulu. Wanita itu teruskan langkahnya. Dia tidak mampu membuangmu dari hatinya. Dia juga mencuba membuka hatinya buat cinta lain. Tapi tetap dirimu jua yang dicintai. Tidakkah ada sekelumit pun dihatimu mahu menemuinya semula? Tidakkah lagi kau lihat cintanya padamu?

Wanita itu kini mula mencari sinar. Walau dia sedar, dia bukan wanita yang sempurna ibadahnya kepada Allah, namun dia tetap mencuba. Kerana dia yakin, Allah sentiasa bersamanya. Seandainya kau sedar nilai cintanya, dan kau mahu kembali bersamanya, rasanya sudah tidak perlu lagi. Kerana dia kini sudah berubah. Menjadi seorang wanita mulia. Jangan kau sakiti dia lagi. Biarkan dia bahagia...
~Evanda93~

3 ulasan:

  1. arrrrrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............ kalo la dia slalu tahu............!!!! aq mau lelaki 2 tahu perasaan prmpuan 2,,,,!!!!

    BalasPadam
  2. sedih plak tgok wanita tu......
    cian pon de....
    kalo la laki au tahu...
    pasti laki2 au akan pulang balik kan...atau x?

    BalasPadam
  3. hanya Tuhan yg tahu..kan dah kata, tak perlu kembali la..tapi jika da jodoh..apa salahnya...

    BalasPadam